Saturday 14 January 2012

Replika Saiz Sebenar Baju Nabi Adam!

Kali ni aku nak share sesuatu yang begitu ahmazing dengan korang! Selalu kita rasa ahmazing dengan orang cantik la, bangunan hebat la tapi kali ni memang ahmazing habis ok!

Korang nak tengok tak saiz baju Nabi Adam? Nak? Tengok kat bawah ni. Serious besar sangat-sangat kan nak dibandingkan dengan kita sekarang. Betapa hebatnya kuasa Allah swt...


Artikel ni aku jumpa kat sini

Sabda Rasullulah SAW:
“Allah menciptakan Adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“
(HR.Bukhari), hadis ini juga terdapat dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad.


Berdasarkan hadis di atas, maka benarlah ketinggian Nabi Adam a.s adalah 60 hasta. 1 hasta = 45.72 cm. Jadi, tinggi Nabi Adam adalah kira-kira 27.432 meter. Hampir mencapai 30 meter. wallahu’alam.


Cuba tengok replika baju Nabi Adam a.s di dalam gambar. Ia dibuat di Jeddah, Arab Saudi dan memakan masa selama 18 hari untuk menjahitnya. Panjang 29 meter dan lebar 9 meter.


Replika ni dibuat sekadar untuk melihat setinggi manakah atau sebesar manakah (saiz) Nabi Adam a.s.


Para saintis Amerika Syarikat membuat kajian terhadap bangsa mereka sendiri yang dulunya didakwa sebagai bangsa yang mempunyai purata ketinggian yang paling besar dalam kalangan bangsa lain di dunia.


Namun , daripada kajian yang dilakukan itu, bangsa Amerika Syarikat didapati semakin merosot purata ketinggian mereka. Salah satu puncanya adalah kerana memakan makanan (yang diawet).

1 comment:

 
Lya Liyana 2010-2011 Copyright. All Rights Reserved