Monday, 19 March 2012

Lya Liyana Kepala Angin

Lya Liyana panas baran? Alah, aku kecik je pun. Janganlah takut ^_____^


Sesetengah perempuan baran masa PMS je. Masa tu janganlah berani buat dia marah, confirm mulut dia non stop membebel ataupun terus moody sepanjang masa.

Nasib baiklah aku tak terkena simptom ni masa PMS dan aku sendiri sebagai perempuan menyampah kalau ada perempuan yang asyik-asyik gunakan alasan "aku tengah pms ni, tu yang kepala hangin". Bosan + menyampah pulak aku rasa =,="

Aku memang kepala hangin. Pantang tak puas hati sikit mulut aku memang laju je macam bullet train. Kadang-kadang aku marah sebab hal remeh je. Pada orang lain remeh la tapi pada aku kalau benda tu dah jadi banyak kali memang ko mintak aku hempuk kepala ko dengan baldi jelah kan.



Contoh-contoh perkara yang buat aku marah :
* Tindih selipar / kasut aku dengan selipar / kasut
* Bukak lagu atau tengok movie pasang kuat-kuat. Aku tak berminat nak dengar sekali pun
* Cakap syuh dengan kuat bila orang bising dalam kelas. Macam dia perfect sangat. Macam kurang ajar pun ada jugak.
* Pinjam barang aku macam dia punya je.
* Hempas pintu time aku tido.
* Suruh aku ulang cakap benda yang sama =,="
* Tiru apa aku beli, apa aku pakai. Macam dah takde benda lain kat kedai tu yang ko boleh beli kan.

Tadi bukan main banyak lagi aku rasa tapi bila type, mula dah lupa sikit-sikit =,="
Aku memang selalu macam ni bila nak buat entry. Tension dengan diri sendiri huhu.

Korang pulak macam mana? Kalau ada yang macam aku, pm aku cepat-cepat. Boleh geng! Ehehe =)

4 comments:

  1. follow sini :) http://belogdatujebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. same like me..tp kdg2 kte kene pikir..mgkn org pon akan meluat gan care kte.. :D
    follow u dear..!

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

 
Lya Liyana 2010-2011 Copyright. All Rights Reserved